Thursday, June 5, 2008

ubah gaya hidup!

rakyat [dibaca-org miskin yg ditindas] perlu UBAH GAYA HIDUP!

bila harga ayam naik, rakyat diminta ubah gaya hidup dengan makan ayam seminggu sekali or selalu makan ikan...

sedangkan mereka yg tidak RETI mengawal harga barang mentah ni, hari-hari makan chiken chop [dibaca-hasil bayaran cukai rakyat].
patutka? tahniah malaysia...

bila harga beras naik, rakyat diminta makan ubi kayu dan ubi keledek..banyak khasiat, lebih kurang sama dengan beras...

sedangkan meraka yang naikkan harga beras ni, hari-hari makan mesh potato dan lobster, spagetti dan fun fries, black pepper stick dengan fun fries... rakyat yg gaji kecik kene ubah gaya hidup! menteri2 macam depa kene ubah gaya hidup jadik lebih bergaya dan mewah lagi!

bila harga minyak naik, rakyat diminta guna kenderaan awam, kongsi kereta dan berbagai2 lagi idea mengarut yang dicadangkan...

sedangkan meraka2 ni tumpang kereta ke gi pejabat? naik kenderaan awam ke gi pejabat? pernah ke mereka2 ni naik LRT gi keje? bagi subsidi untuk setahun, sedangkan kita pakai minyak hari2.. kenyataan minyak malaysia paling murah di ASIA mmg x boleh diterima pakai... pastu banding kan harga minyak malaysia dengan singapura.. dah tentu la minyak singapura lebih mahal kerana dorg bukan negara pengeluar minyak!.. kalau minyak di pasaran dunia meningkat, apa kesan dia pada malaysia? sebab PETRONAS juga mengeksport minyak keluar... kalau amerika jual 80 dolar setong, kita pun jual pada harga yang sama...

kalau dulu, mungkin org cakap rakyat ni bodo, buta, ikut je cakap org2 macam depa..tapi sekarang rakyat celik.. jgn sampai tindakan dorg ni boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku pada MALAYSIA kita..

aku hairan, macam mana zaman anuar dan mahathir boleh kontrol harga dengan baik.. walaupun masa gawat, still rakyat dapat bonus.. tapi ni waktu selesa, habuk pun tarak..

mungkin aku x perasan, tapi ade ke dalam manifesto dorang "kami akan naikkan harga minyak kalau kami menang" ada ke? ke aku yg x perasan?

selepas kenaikan harga minyak ni, pasti harga barang2 lain turut sama meningkat... sama2 la kita rakyat yg bijak memilih pemimpin ni amek obat..hehehe.. yg duk minum pagi2, kita jugak... yang duk makan tghr di kedai, kita jugak, yg membayar di kaunter2 kita jugak.. la ni, rm5 sekali makan, pasni mau rm10 sekali makan.. terima kasih la MALAYSIA...

takde ke antara kawan2 kita ni yang keje sebagai wartawan ek? kalau ada la.. dan berkesempatan untuk temuramah or tanya soalan pada org yang berkaitan ni, aku nak mintak dorang tanya satu soalan la pada dorg2 ni... ce tanya "BILA KALI TERAKHIR DATO' SERI KELUAR DUIT POKET UNTUK BELI BARANG2 DAPUR DAN MINYAK?"

dah lama aku x apdet..mungkin aku teremosi.. tapi pernah kah mereka betul2 terfikir tentang rakyat yang berada di bawah ini? atau adakah mandat yg dia perolehi hanya untuk kepentingan sendiri? aku runsing..

0 rungutan: