Tuesday, April 14, 2009

mati hidup semula


Lirik Lagu mati Hidup Kembali-Butterfingers

Jalan raya terlampau sunyi Untuk ku terus bermimpi Mataku belum mengantuk lagi Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana Tiada siapa nak kujumpa Pendirian tiada kusangka Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana Hari ini hari mulia Tak pernah daku rasa begini Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan Hari ini sehingga esok Tak pernah daku rasa begini Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian Kucapai sebelah tangan Sebalik awan ada cahaya Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri Darah yang mengalir terhenti Fikiranku melayang-layang Tiada siapa yang perasan

mulakan sesuatu yg baru!

permulaan baru untuk kehidupan selepas kehidupan..
semoga semuanya berjalan lancar...amin

Monday, September 15, 2008

update dan malas?

Assalamualaikum wbt..
ermm lama gila aku x hapdet rasanya.. huhuhuu.
atas beberapa perkara dan sebab, maka aku tak dapat nak apdet...
antara sebab2 nye :-

a) internet kat tempat aku [dibaca-opis] macam haram gak untuk mende2 macam ni.. dia nak pekerja2 dia menumpu sepenuh perhatian waktu keje.. hihihi

b)akaun blogspot aku selalu lag bila nak apdet..tatau nape.. tu yg malas tu... dah penat2 tapi bebanyak, pastu hilang.. nak kopi pes mmg le buleh, tapi kalau kopi pes sampai 30kali pon x bleh gak, tu yg jadik cam... mampos la.. letih nak layan...

c)aku xde idea or kat umah aku xde tenet.. bila akuada idea, aku xde tenet, bila ada tenet, aku xde idea.. hahahaha

d)saje je malas nak apdet.. ni aku apdet la ni... hahaaha

aku terpikir beberapa hari lepas, kadang2 org cerita, anak dia kuat nangis la, kuat makan la dan macam2 lagi..
aku terpikir, untung la korg ada anak.. macamana dgn org lain yg belum dikurniakan anak?

kadang2 org cerita, anak dorg lambat merangkak, or cepat merangkak... bersyukurlah korg sebab aku x dapat tgk bila first time anak aku belajar merangkak...

kadang2 org cerita anak dorg pandai mengagah2... bersyukurlah sebab aku x sempat tgk masa mula2 anak aku pandai mengagah...

kadang2 org cerita, anak dorg lambat dapat jalan or cepat dapat jalan.. bersyukurlah sebab korg dapat or bakal dpat tgk anak korg berjalan pertama kali dalam hidup dia..

entahla..kdang2 orang x pandai bersyukur, kadang2 org terlupa bersyukur..dan labih teruk lagi , kdang2 orang tu tau dia kene bersyukur, tapi dia buat2 tatau.. semoga kita semua semakin hari semakin berubah kepada kebaikan.. aminn...

Thursday, June 5, 2008

ubah gaya hidup!

rakyat [dibaca-org miskin yg ditindas] perlu UBAH GAYA HIDUP!

bila harga ayam naik, rakyat diminta ubah gaya hidup dengan makan ayam seminggu sekali or selalu makan ikan...

sedangkan mereka yg tidak RETI mengawal harga barang mentah ni, hari-hari makan chiken chop [dibaca-hasil bayaran cukai rakyat].
patutka? tahniah malaysia...

bila harga beras naik, rakyat diminta makan ubi kayu dan ubi keledek..banyak khasiat, lebih kurang sama dengan beras...

sedangkan meraka yang naikkan harga beras ni, hari-hari makan mesh potato dan lobster, spagetti dan fun fries, black pepper stick dengan fun fries... rakyat yg gaji kecik kene ubah gaya hidup! menteri2 macam depa kene ubah gaya hidup jadik lebih bergaya dan mewah lagi!

bila harga minyak naik, rakyat diminta guna kenderaan awam, kongsi kereta dan berbagai2 lagi idea mengarut yang dicadangkan...

sedangkan meraka2 ni tumpang kereta ke gi pejabat? naik kenderaan awam ke gi pejabat? pernah ke mereka2 ni naik LRT gi keje? bagi subsidi untuk setahun, sedangkan kita pakai minyak hari2.. kenyataan minyak malaysia paling murah di ASIA mmg x boleh diterima pakai... pastu banding kan harga minyak malaysia dengan singapura.. dah tentu la minyak singapura lebih mahal kerana dorg bukan negara pengeluar minyak!.. kalau minyak di pasaran dunia meningkat, apa kesan dia pada malaysia? sebab PETRONAS juga mengeksport minyak keluar... kalau amerika jual 80 dolar setong, kita pun jual pada harga yang sama...

kalau dulu, mungkin org cakap rakyat ni bodo, buta, ikut je cakap org2 macam depa..tapi sekarang rakyat celik.. jgn sampai tindakan dorg ni boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku pada MALAYSIA kita..

aku hairan, macam mana zaman anuar dan mahathir boleh kontrol harga dengan baik.. walaupun masa gawat, still rakyat dapat bonus.. tapi ni waktu selesa, habuk pun tarak..

mungkin aku x perasan, tapi ade ke dalam manifesto dorang "kami akan naikkan harga minyak kalau kami menang" ada ke? ke aku yg x perasan?

selepas kenaikan harga minyak ni, pasti harga barang2 lain turut sama meningkat... sama2 la kita rakyat yg bijak memilih pemimpin ni amek obat..hehehe.. yg duk minum pagi2, kita jugak... yang duk makan tghr di kedai, kita jugak, yg membayar di kaunter2 kita jugak.. la ni, rm5 sekali makan, pasni mau rm10 sekali makan.. terima kasih la MALAYSIA...

takde ke antara kawan2 kita ni yang keje sebagai wartawan ek? kalau ada la.. dan berkesempatan untuk temuramah or tanya soalan pada org yang berkaitan ni, aku nak mintak dorang tanya satu soalan la pada dorg2 ni... ce tanya "BILA KALI TERAKHIR DATO' SERI KELUAR DUIT POKET UNTUK BELI BARANG2 DAPUR DAN MINYAK?"

dah lama aku x apdet..mungkin aku teremosi.. tapi pernah kah mereka betul2 terfikir tentang rakyat yang berada di bawah ini? atau adakah mandat yg dia perolehi hanya untuk kepentingan sendiri? aku runsing..

Friday, February 15, 2008

alif, ba, ta...

assalamualaikum..
emm..lama gila da x apdet.. boleh dikatakan ini adalah entry pertama di tahun 2008!
hahaha gile lama x apdet... entah la.. byk yang nak di tulis dan di ceritakan.. tapi,
tak terluah oleh jari jemari... biarlah..biar semua yang lepas menjadi kenangan dan pengalaman aku sendiri sahaja.. yang paling penting adalah hari2 yang mendatang.. itu yang perlu di beri perhatian...

cerita tentang aku di tahun baru? emm..x banyak cerita menarik pon..sama aja seperti dahulu.. cume mungkin ada sedikit perubahan usia, hahaha.. macam x percaya je umor aku dah 27.. yeke? hahaha.. minggu lepas aku baru lepas buat kenduri aqiqah untuk laila, mungkin ada yang aku terjemputz, mintak maaf la ye.. bukan tanak jemputz, tapi mungkin sedikit kelam kabut pada masa tu.. ye la.. aku kan wiken hasben, jadik segala2 kadang2 hanya dari jauh.. jadi bila berjarak, byk keputusan x dapat di capai dalam waktu yang singkat.. xpe, itu semua dugaan... sabar je la aku.. tapi alhamdulillah, lauk pauk pada hari tu, especially kambing, habis.. alhamdulillah.. tercapai niat keluarga aku dan mertua.. amin.. penat? jgn cerita... dari jejak kaki ke rumah, sampai hari ahad nak balik ke shah alam semula... walaupon cuti lebih kurang 4-5 hari, tpi macam sehari je cuti...huh.. rasa cam nak cuti lagi bebanyak hari..huhuhuhu..

selain dari kenduri, sekarang ni aku tgh giat belajar casting..guna baitcast.. huhuhu mmg mencabar, setakat bird's nest tu mmg dah jadik lumrah la.. mula2 pakai BC, mmg asik mencarut je la.. boleh kata tiap2 kali baling jadik bird's nest.. tapi alhamdulillah, setelah berlatih (di padang permainan) huhuhuhu, boleh la sikit2 mahir menggunakan BC nie.. cumenya.. hasilnya aja yg belum nak berapa menjadik.. baru dapat sekor ikan haruan aja.. huhuhu.. xpe, usaha tangga kejayaan.. tapikan, mmg bes la bila casting guna BC ni.. perasaan dia lain macam skit.. huhuhu..macam bes aja.. nak2 bila kena ikan...hahahaha.. kembang kempis idong menahan asakan ikan.. huhuhu.. syok2..

cerita pasal isteri aku, tahun ini tahun yang agak bizi walaupon baru sahaja mencecah 2 bulan.. boleh dikatakan sgt selalu dia kene outstation! satu fenomena baru untuk dia.. dgn kerja yang melambak2, dan anak yang baru 4 bulan lebih, mungkin ia dugaan yang agak hebat untuk isteri aku... tahap rindu pada anak la yang menjadi faktor utama.. kalau setakat keje kat opis, bila balik lambat pon, tgk muka anak je pon da sejuk hati... ni bila kene outstation, mana nak dapat tgk muka anak.. maka terpaksalah anak kami tido bersama neneknya.. sian dia.. ayah dah tentu jauh, nak manja2 dgn ibu, ibu outstation... sian lansong.. sabar ye sayang, insyaAllah ada rezeki ayah datang ek.. sabar ek.. nasib baik la juga anak kami boleh bertahan.. ya Allah permudahkanlah segalanya, bantulah kami... amin.. sabar ye ibu.. even sekarang ni pon, hari2 balik keje lebih dari kul 8 malam.. mesti penat.. dan rindu dgn anak sgt2.. bukan senang nak membina keluarga.. kuatkanlah iman kami, tabahkan lah hati kami... amin..

cerita pasal laila? hehehe byk cerita menarik tentang sikecil... rindunya.. tapi x tercerita.. laila sekarang dah pandai nak pusing.. dari keadaan terlentang, ke meniarap... masa mula2 dulu, bila x leh pusing, mesti dia ngamuk dan menangis... tapi sekarang ni.. hehehe.. yeay!... tahniah laila.. pastu sekarang dia da pandai nak angkat bontot dan masok gear rives.. bukan ke depan, tapi macam nak bergerak ke belakang.. tapi jarang2 la benda ni berlaku.. yang paling selalu di buat adalah...MENANGIS...huhuhu.. laila mmg suke menangis, terutama sebelum tidor... huhuhu kira kalau buat resume tu, boleh la tulis "HOBI : MENANGIS SEBELUM TIDO" huhuhuhu.. ntah kenapa aku pon tak tau.. mungkin sajae je kot test suara sebelum nyenyak tido.. sekarang ni plak, menurut laporan yang di beri oleh isteri aku, dia dah pandai menjerit.. bukan menjerit nangis, tapi menjerit suke2.. dia boring2, dia jerit2.. huhuhu.. masak2..

pastu lagi, dia dah pandai mengagah.. bes woo bila agah2 dia.. huhuhuh comelnye dia... hahaha.. pastu, dia macam dah boleh fokus kot.. sebab bila aku agah dia dgn puting, dia da pandai agak untuk tangkap puting tu..(bukan la macam budak besar, tapi dah boleh target benda da dekat dgn dia) pastu dia amik masuk lam mulut.. huhuu... bes2.. pandainya dia.. dan baru-baru ni. berat dia da 7kg.. huuhu.. peha dia dah macam ubi keledek.. hahaha.. kutuk anak seniri.. jahat gilo.. tapi mmg la emmmm... geram lansong.. rindunya...

dah la.. penat la nak tulis byk2.. cukup la tuh.. nak sambung buat keje, chow..gambar yang agak baru laila nur mawaddah...:D

Tuesday, December 4, 2007

melampiaskan kesenangan

emm..rasanya gile lama gak aku x menulis kat blog.. ye la sejak anak aku lahir.. mmg lama la dol..
hahah. mmg rasa nak tulis..tapi bila aku bukak je blog.. ada je keje yg datang menerpa.. ada je miting yang memanggil2.. adui..x menang kaki tangan rasanya.. ye la.. bila aku cuti lama (masa laila lahir rituh) segala kerja aku yg tertinggal mmg x berusik lansong..MALAH bertambah bertimbun banyaknya.. adui.. letihnya bila asyik mengingatkan kerja..sakit otak siot.. "keje sampai bile pon x abis" mmg betol pon.. tapi kalau x abiskan.. mmg la for sure dia akan bertambah berkoyan-koyan lagik karang.. adui.. dah la dulik ah pasal keje...

kesahnya lepas pada kelahiran laila.. adalah hari raya.. yeay raya..yeay raya..(samel menangis dalam hati kerana kopak) hahah.. tapi kan, koleksyen duit raya laila adalah nyam2.. boleh tahan la.. kira sepanjang karier aku mengompol duit raya...belum penah lagi aku mencapai angka tuh.. mendekati pon tidak.. huhuhu.. mmg murah rezeki betolla anak ayah n ibu nih.. muah2 laila.. ntah bile le nak gi masuk dalam bank agaknya... aku ingat nak masuk skim SSPN ek2..betol ke? ala yg simpan det tuk belajar di masa akan datang tuh.. haaa.. yg tu la.. tapinye..membe aku cakap (ahli persatuan bapa negeri pahang) baik simpan duit kat tabong aji..sebab hasil yg dapat nanti da BERSIH.. meaning siap di tolak zakat semua la.. jadik aku pon masih berpikir2 lagi sebenarnya nak bukak akaun kat mana.. huhuhu.. *kalau beli sport rim pon bes nih..hahahaha...jahat.

selepas raya, melalui zaman getir kerana kehabisan duit dek kerana gaji masok awal..adui..sangap jela.. seba bek la ada bini..leh gak pau..huhuhu untung tau ada isteri atau suami.. cepat2 la kawen *iklan ini di bawakan oleh Kementerian Pembangunan Ummah dan Masyarakat Uganda* ceni la bile pening kerana byk sgt load..
adui..tu hari kepala pening2...macam gian nak mancing.. ingatkan dah gi mancing oke la skit..rupenye x kurang gak.. byk sgt pikir pasal keje tertunggak dan prestasi keje tahun ni.. adui..apa la nak jadik agaknye..
macam maken mengarut je aku nih.. akux tau apa yang aku kejar sebenarnya..

aku x tau apa yg aku nak korbankan sebenarnya.. mana ada suami yg nak duk berjauhan dgn isteri dan anak.. mana ada.. kalau ada cakap la sape.. adui.. tapi kalau brenti keje..kompem kene blacklist... mesti susah da nak eplai lain lak pasni.. kalau dua2 nak keje swasta.. bekalan hari tua nanti cane? kalau keje swasta gaji 7,8 riban gaji leh la nak menyimpan tuk hari tua.. tapi kalau setakat seriban dua... nak belanja sendiri pon x cukop.. emm..ntahla.. di luah mati emak, di telan mati bapak..betul ke? entam je la... byk yg aku pikirkan.. bukan x pikir..nampak mmg la macam kool.. macam rilek..macam xde masalah.. sebab apa? sebab aku malas nak membuat masalah masa melepak dan hari cuti... dah la seminggu sekali je dapat jumpa anak isteri.. takkan lagi nak marah2..nak ngajuk2..nak itu nak ini.. jadik sedikit sebanyak aku mengalah dan anggap semua itu keindahan hidup.. heheh.. rindu? hahah jgn cakap la.. tuhan aja yg tahu..

minggu ni 1-2 disember aku x dapat nak balek kl.. sebab aku terlibat dengan konvokesyen tempat aku keje ni.. adui.. rindunya nak jumpe anak dan isteri.. haih.. kene keje, bosan.. dapat balik jumpe anak dan isteri, semua penat, lelah, serabut seme pon ilang.. anak kalau meragam pon cube gak bertahan walaupon kadang2 dalam hati ada gak sedikit mara.. tapi mengenangkan yang berjumpa seminggu sekali aja.. jadi sabarkan aja la..
dia nak bermanja tuh..hihii sering aku pesan dalam hati.. sabar itu dugaan Allah.. lagi byk kita sabar, lagi besar kejayaan kita kelak.. amin.. aku harap satu hari nanti kami dapat hidup serumah bersama.. x payah nak PJJ lagi...buang duit, tenaga dan mengganggu emosi...tapi kasih sayang mmg teruji la.. baru tau syang ke tidak dengan anak isteri..hahaha.. tapi mmg sering aku menadah tangan memohon pada Ilahi.. agar kami tidak lagi berjauhan... kerana sesungguhnya aku rindu dengan isteriku dan anak ku..

-ayah rindu korg-

Monday, October 8, 2007

Tanggal 28092007

"1 new message receieved" tu perkataan yg tertera kat hempon aku masa aku balik dari terawikh hari rabu tu..


"mesej dari adik rasanya" bisik hati aku..kerana dah tahu sememangnya malam ni mmg isteri aku gi klinik untuk check up biasa..almaklumlah kandungan isteri aku da mencecah 38 minggu..jadik pemeriksaan rutin menjadik semakin kerap la..dari 2 minggu sekali kepada setiap minggu, tambahan pulak masa cek 2-3 minggu lepas, masa buat doppler, plasenta baby ada sedikit problem.. perlahan2 aku pasang rokok dan duduk samel bukak mesej..


"uhuk..uhuk.." terbatuk bila aku baca mesej yg tertera di skrin hempon aku..."abg, besok adik kene masuk ward, kene induce sebab da bukak 2cm dokte kata" macam nak terbalik dunia rasanya..daripada check up biasa, dah jadi keadaan luar biasa dah..huhuhu..dgn baju2 x kemas lagi, batu tungku x cari lagi, dan yang penting sekali, dari segi mental dan emosi, rasanya aku dan isteri pon belum berapa bersedia dan sgt2 tidak menjangka keadaan akan jadi sebegini...dan aku hanya tersedar bila api rokok membakar jari..


setelah habis bermenung-menungan, aku lantas menelepon jawe(membe mancing aku di kontan) untuk sama2 meneman aku ke sungai lembing..nak mencari batu tungku..samel membawak joran udang..huhuhu..samel menyelam, minum air sekali..tapi sungguh..mmg masih macam x percaya yang bini aku nak kene masuk ward malam besok (khamis-270907)...dan malam tu, aku xde mood pon nak memancing...lepak dalam sejam, terus aku ajak jawe balik setelah batu tungku diperolehi... bermacam2 mende bermain2 dalam kepala hotak aku ni.. terkujat, blur, terkocoh-kocoh?, ntah la..macam2 la perasaan yg melanda..


sesampai aja kat umah, aku masih blur2 lagi..baju ke hape ke, seme pon x kemas lagi...masih macam x pecaye lagi..macam.."ye ke bini aku nka bersalin ni?" mmg soklan tu berulang2 kali memain kat kepala aku...besoknya baru la aku kemas2 kan baju..aku x cuti pon pada hari khamis tu..sebabnya aku da tau akan bercuti lama, jadiknye aku terpakse la menyiapkan seme2 keje yang tertangguh dan yang akan digunakan nanti..siap2kan apa2 yang patot..pastu kiranya nak hafdei la.. last2 nye kkul 3.30 gak baru kuar opis.. kira full dei aja..bukan apa..aku bajet nak sampai sah alam sebelum berbuka..leh berbuke dgn isteri kesayangan..tapinya..dah kuar pon lambat...makanya aku berbuke di batu 3 sahaja..lebih detail lagi di shell batu tiga yg baru tuh.. yg belah kiri tuh..haa kat situh la..ekcelli buke dalam kete aja, isap rokok...pastu baru benti kat situ tuk beli air.. aku sampai umah dalam kul 7.35 la.. kira sempat la makan..


lepas makan, aku kemas2 beg baby, isi pampers, baju, suar, selimut, stokin, sarung tangan, lampin, botol susu dan macam-macam lagi.. satu persatu aku susun dan lipat samel kepala otak aku berpikir2..."betul ke bini aku da nak bersalen?...betul ke aku dah nak jaik ayah?..betul ke..iye ke..? sementara isteri aku sibuk mengemas barang2 dia.. aku? selai je baju untuk bekalan besok.. tuala aku pakai je tuala bini aku nanti..hehehe..x yah berat2 bawak baju...ntah le..pening2...kul 9 lebih kitorg bertolak ke klinik UMRA di seksyen 13..


sampai2 je kat klinik, terus masuk bilik dokte..dokte cek lagi skali..dia cakap masuk ward la malam ni..pastu dia masukkan ubat induce...pastu kitorg pon admit la sebagai pesakit di klinik tuh....hmm walaupon hati masih tertanya-tanya dan dalam kekeliruan lagi, kitorg tetap admit je jugak..macam ikut je...ntah la..lebih kepada berserah je kot...malam tu xde apa2 yg unsual walaupon bini aku telah di induce..xde tanda2 sakit pon..lansong.. mungkin sekali kot..tgh malam..tu je la..pastu tido nyenyak sampai ke pagi...


sampai la kul 9.30pagi..bini aku di arah masuk laber rum.. bila masuk, n dokte pecahkan air ketuban...masa tu baru lah..segala-galanya bermula..kalau lah..kalau lah..org cakap bersalin tu senang dan mudah..aku rasa la kan..mmg tipula.. senang macam mana pon mesti la sakit jugak..dan sakitnya...hanya so ibu dan tuhan jugak la yg tau...mmg aku boleh di katakan tatahan gak la duduk dalam laber rum tuh.. tapi aku tunggu je jugak selama lebih kurg 4 jam kat dalam tuh...


setelah 4 jam berjuang antara sakit dan sayang terhadap anak...dokte akhirnya berbuat keputusan untuk meng"sizer"kan aja bini aku kerana...dua sebab..sebab yang pertama adalah kerana baby aku x turun (floating) situasi adalah lebih kurang tali pusat tersangkut kat leher baby, dan yang kedua adalah kerana baby aku dijangka adalah kategori SIHAT...aku dengan berat hati setelah bersama-sama berjuang untuk tidak di"sizer" akhirnya mengalah dengan keputusan dokte..semuanya untuk kebaikan isteri dan anak aku yg bakal lahir nanti...aku berserah segalanya pada Allah..pada masam tu aku pasrah..mmg diluar kuasa aku..diluar bidang aku..apa yg aku boleh buat hanyalah berdoa agar segala-galanya berjalan lancar dan selamat... sedih? sakit? pilu? apa saja perasaan..semua pon bercampur baur.. Ya Allah selamatkanlah isteri dan anak ku...


lebih kurang 20-25 minit, nurse keluar dari bilik bedah dengan kerete sorong...ada baby dalam kete sorong tuh.. "anak aku ke? anak org lain ke? ada berapa bilik bedah dalam ni? anak sape ni?" bermacam2 soklan bermain secara tiba2..dan dari laber rum yg nurse tadi masuk, terdengar tangisan bayi..sekejap aja.. pastu da senyap...pastu nangis lagi sekejap.. aku da berdiri..x senang duduk..gelisah..resah..pastu nursu tu kuar..terus je aku lari kat dia..


"anak saya ke? anak saya ke yg baru masuk tadi?"


"it's Nor Aishah Omar baby" jawab nurse dengan slanga india..sebab mmg dia india pon..tapi x tau sama ada india muslim or not..


serentak dengan jawapan dia, aku macam nak menangis kerana terlalu gembira..tapi..tiba2 aku teringat bini aku..aku tya lagi dan jawapan nya adalah agak menenangkan aku kerana katanya isteri aku ok dan dokte tengah jahit perut bini aku..Alhamdulillah...leganya hati...lebih lega dari segala2nya.. lebih lega dari nak akad nikah..lebih lega dari lepas berak..lega lah segala-galanya..


setelah nurse selesai urusan dengan bayi aku...aku mohon untuk ikamat pada bayi aku.. sebelum ikamat aku ucapkan 2 kalimah syahadah di kedua telinganya, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita ; Nabi S.A.W...selepas itu baru lah aku ikamat di telinganya.. perasaan? mmg la macam terharu...sebenarnya perasaan tu bercampur-aduk..mmg bercampur2..xde perasaan yg spesifik..yg boleh menerangkan tentang keadaan itu...kalau sebelum ni.."aku x pandai nak pegang budak baru lahir"..aku takot la pegang budak lembik2 ni...risau" tatkala itu...tiada lah sebarang perasaan seperti itu.. semuanya boleh..semuanya beres.. kalau x reti, pada masa itu lah masa yg sesuai untuk belajar..dan natures sebagai ayah akan datang dan tiba secara begitu sahaja..tiada lagi kekeliruan..Amin..Maha Suci Allah dan Maha Kuasa Allah atas segala ciptaan dan kurniaannya....


Sesungguhnya, ramadhan ini...lebih tepat 16 ramadhan 1428 ini, bersamaan 28 september 2007, aku dan isteri telah dikurniakan sesuatu yang sangat berharga..yang perlu aku dan isteri didik dan besarkan dengan penuh kasih sayang dan ketegasan...mengikut lunas agama dan perintah Allah..InsyaAllah... moga bantuan dan pertolongan Allah itu sentiasa bersama kami..

"Ya Allah, terima kasih atas kurniaanMu yang tak terhingga kepada kami..akan kami berusaha bersama2 untuk menjaga dan mendidik amanahMu ini sebaik mungkin dan sedaya upaya kami."

untuk tatapan rakan-rakan yang belum melihat maupon yang sudah berjumpa dengannya, ini lah hadiah terbaik ramadhan dan syawal ini untuk kami suami isteri..LAILA NUR MAWADDAH...

p/s : selamat hari raya eidulfitri untuk semua, semoga lebaran kali ini lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya, berhati-hati dijalanraya..berhati-hati main mercun raya...semoga selamat semuanya..Amin..

dari cip, isteri dan laila...